Thursday, July 5

I ♥ corporate finance ;)


killer paper for my degree.. dah amik finance so mmg kne stdy mendalam la bende alah nie kn... dalam mane aku x tau... tp yg pasti paper nie memang susah... hope berbaloi la aku tak tido 3 hari kan..

.mlm first : roti dak nurul and kismis@kurma,,, kismis daye besar2 mcm kurma da.. anyway thank..  masih study note, slide and hafal formula

 

 mlm ketiga : tdo dgn formula... banyak gler formula nk kne hafal.. waaaa..

budak finance sangat memerlukan dua2 calculator tersebut kerana ia melambang kan betapa cerdik nye budak finance smpai tak cukup kne guna dua calculator kn.. bahahaha.. financal calculator n saintifik calculator amat penting untuk paper nie...tgk buku pun da nak muntah... bende nk bace pun  xtau... formula saje duk dlm tu.. :)

paper tu dijawab pada hari ini 5hb julai 2012 pada pukul 9.00-12.00 di dewan raja muda musa seksyen 7 shah alam..

for the first time aku x mandi g exam... xsempat sbb tertido.. tau2 afina call cakap dye tunggu kt bawah.. aku gelabah la.. ape lg gosok gigi cuci muka amik baju x gosok and terus turun... spray minyak wangi banyak2 da.. huhuhu..

syukur alhamdulillah aku boleh jawab betol salah x tau. heee.. yg penting aku da usaha n dah curahkan ape yag aku tau kt paper pg tadi..

yeayhhh tinggal lagi 1 paper.. financial institution and market... name pn budak finance kn so sume paper ader name finance... 9hb nnti ... bersedia untuk stdy..  wish me luck k kekawan...


Tuesday, July 3

DIA TIDAK BEKERJA?????



Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

Fikir2kan dan renung2kanlah.......